Tuan / Puan ada tanah sendiri?
Bina rumah idaman atas tanah sendiri — bayar tunai, pinjaman bank atau LPPSA. Tinjauan tapak dan anggaran kos percuma, tiada sebarang caj.
Tekan butang → terus WhatsApp. Tak perlu isi borang panjang.
Kenal situasi ni?
Tanah dah ada — itu bahagian paling susah. Yang tinggal cuma bina.
Pilih cara anda
Pakej yang sama, harga yang sama. Pilih ikut kemampuan.
Kira sendiri dalam 5 saat
Pilih saiz rumah. Kami tunjuk anggaran kos bina dan anggaran ansuran bulanan jika guna pinjaman.
*Anggaran kasar sahaja. Harga sebenar bergantung pada reka bentuk, keadaan tanah, lokasi dan spesifikasi; sebut harga rasmi diberi selepas tinjauan tapak. Ansuran ialah contoh pengiraan (pembiayaan penuh, 4% setahun, 30 tahun) — kadar, tempoh dan kelulusan sebenar tertakluk kepada bank/LPPSA dan kelayakan pemohon.
Bukti, bukan janji
Ini antara rumah atas tanah sendiri yang sedang dibina di Perak. Tuan/Puan boleh minta tengok tapak sendiri.
Mudah, tak serabut
Kenapa perlu bertindak sekarang
Slot bulan ini ditutup dalam:
Tempah slot anda
Jawab soalan ringkas di bawah. Butang akan buka WhatsApp dengan jawapan Tuan/Puan — tiada data disimpan di laman ini.
Soalan lazim
Harga dikira ikut keluasan rumah. Contoh, rumah 2,000 kaki persegi ≈ RM290,000. Apa yang termasuk dan spesifikasi penuh diterangkan oleh kontraktor masa tinjauan tapak, dan dinyatakan dalam sebut harga bertulis.
Tidak. Bayaran biasanya dibuat ikut peringkat kerja yang siap. Jadual bayaran dipersetujui dalam kontrak dengan kontraktor.
Ada bank yang tawarkan pinjaman bina rumah atas tanah sendiri. Biasanya perlu slip gaji, penyata bank, geran tanah dan pelan bangunan. Kelulusan tertakluk kepada kelayakan pemohon.
Boleh. LPPSA ada kemudahan pembiayaan untuk bina rumah atas tanah sendiri. Kami terangkan langkah dan dokumen yang perlu.
Biasanya perlu selesaikan pecah geran atau persetujuan waris dulu. WhatsApp kami — kami terangkan langkah awal supaya tak membazir masa.
Perak (Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Seri Iskandar, Taiping, Kuala Kangsar, Parit Buntar, Manjung, Sitiawan, Teluk Intan, Tanjung Malim dan sekitar), Seberang Perai dan Kulim. Kawasan lain — WhatsApp dulu, kami semak.
Rumah dibina oleh kontraktor rakan kami yang sedang membina di Perak. Kami uruskan konsultasi dan tinjauan tapak pertama; kontrak bina, bayaran dan jaminan kerja adalah terus antara Tuan/Puan dan kontraktor.